Masa Lalu ( Jauh Di
Lubuk Hati )
Bismillah…
Kenangan Lalu yang
bernilai sekali dalam hidup insan,terlalu banyak cebisan-cebisan kenangan masa kita muda remaja, di alam persekolahan,
dia alam university, sampaikan terlupa akan hari yang mendatang masih bermain
dengan arus dunia yang semakin tua. Pernah dengar pepatah dari
orang tua-tua kepada anak muda “ Keluarlah mengembara supaya kamu mengerti akan
erti hidup.” Allah S.W.T sendiri menyuruh kita agar kita lebih peka dan sensitif,
melihat dan mengambil pengajaran.
“ Katakanlah: “ Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
bagaimana buruknya kesudahan orang-orang berdosa itu. ( An-Naml 27:69 )
kita adalah salah
seorang pengembara yang mencari manisnya kehidupan, kita terima pelbagai
keluhan, kebenaran, kedustaan, kecintaan dalam perjalanan kita. Melalui lorong-lorong
kehidupan, menolak semua kebenaran di hadapan, kita memilih jalan-jalan yang
terang dan ramai yang gembira melaluinya dan lupa apa yang ada di penghujungnya
, Iya kita masih muda masih penuh dengan kudarat dalam tenaga pernah terpikir
bila kita akan mati bertemu Al-khaliq.? Kita sedia maklum bahawa satu hari kita
akan mati. Selepas itu kita akan kembali kepada Allah S.W.T membawa segala amal
yang kita ada.
“ Apakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia dan
bisikan-bisikan mereka. Sebenarnya ( Kami Mendengar) dan utusan-utusan
(malaikat ) kami selalu mencatat di sisi mereka.” ( Az-Zukhruf : 80 )
Dalam pengembaraan yang berliku kami melihat pemergian
rakan seperjuangan kami pada waktu usia kami sangat muda, masih terniang di
gegendang telinga kata-kata sahabat sebelum
beliau tidak lagi wujud di mata kami “ Jangan putus harapan, Tingkatkan Amal,
Ingatkan aku masa aku lalai.” kami rindukan
bergurau sendanya melakukan kerja amal dengannya. Semoga rohnya di cucuri
rahmat. Tetapi sementara kita masih hidup di dunia ini kita cuba fokuskan pada
kehidupan bakti kita pada ibu – bapa dan
teruskan hidup mengejar cinta Allah , pernah terlihat satu kata-kata hikmah :
“ Orang yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya, dia
memilih bagaiman hendak mati, dan dia sendiri mimilih tempat mana dia hendak
pergi selepas mati.”
Kita manusia,. Apabila namanya
manusia maka sifatnya tentulah tidak sempurna, melainkan Allah S.W.T. Apabila
tidak sempurna , pasti ada lekukan-lekukan dalam perjalanan yang buat kita ini
tergugat,. Ujian, cabaran serta halangan
yang datang dalam kehidupan insan adalah rencah kepada kehidupan itu
sendiri. Namun tidak semua mampu menghadapi ujian, Kekurangan serta cabaran
yang di berikan pada mereka. Melihat kesungguhan manusia yang tidak pernah
merungut dengan cabaran dan segala ujian dia hadapi. Dia berkahwin dan penuh kebahagian
kemudian di kurniakan cahaya mata yang tidak seperti anak-anak kecil lain
berjalan , bermain, bergurau senda dengan rakan-rakan di sekolah, dan si anak
hanya berbaring menunggu belas kasihan dari ibu, menunggu ayah pulang berikan
sekantung susu.
“ Azam nama dia.” Cekal hati dia mengembirakan
kan ayah dan ibu dia kuat kan hidup walau dulunya terbaring dalam botol kaca. Teguh
hati ibu ayahnya memberikan kasih walau mereka tahu sekeliling mereka
mengata-ngata di belakang. “ Adik Azam Kuatkan dirimu bimbing tangan ibu dan
ayahmu ke syurga ya, mereka berdua cuma ada kamu sebagai tiket untuk bertemu
dgn Allah nanti,” Pernahkah kita cuba mensyukuri nikmat yang Allah beri pada
kita, akal yang sehat, tampan. Duduk bermuhasabah diri dan cuba kenang semula
kehidupan yang telah dan sedang kita lalui ini.
Kehidupan kita ini sangat unik dan
menarik , Kadang-kadang kita tidak sedari, kehidupan manusia lain mampu berikan
kesan kepada kita , bila orang gembira kita turut senang hati, bila orang sedih
kita turut berduka kasihan ini fitrah kita sebagai manusia, adakah kita tahu
dengan mengembirakan orang itu satu keperluan.?
Mari Kita Teliti
Kehidupan Kita…!
“ Untukmu Sahabat Ku,
Tunggu kami, Doakan Kami, Supaya Bertemumu di Adn.”
Coretan,
Ashabulkhaf,
1st Dec 2016
“ Cuba Menjadi Hamba.”
