Sunday, 10 February 2019


Istiqamah Dalam Serendah Hati, ( “Sentiasa Ada buat Kamu” )
Bismillahirahmanhi Rahim,
Istiqamah, adakah kita dalam istiqamah, benar kah hati kita dalam kerendahan. Adakah kita telah membuang Ego kita, ya kita punyai harta yg kita anggap bernilai , kita punyai kereta mewah, rumah mewah, isteri-isteri yg cantik, segala kelebihan di dunia. Pernahkan kita berfikir dalam keadaan yang berbeza. Bayangkan kamu berada di dalam sebuah kotak.Kemudian pada kotak itu ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. Apakah kamu mengira dunia itu, hanya dari arah lubang itu sahaja? Adakah kamu merasakan kebenaran itu hanya apa yang ditunjukan pada lubang itu sahaja.? Apakah yang kamu Nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? Cuba lihat dengan lebih banyak pandagan dan wujudkan lubang-lubang lain dalam kotak kehidupan kita. Sahabat-sahabat seperjuangan tidak cukupkah Allah buat kita. Kita zahir kan dari lidah kita Cintakan Allah dari segalanya benarkah.?Apa yang terucap zahir dari lidah bukan dari hati kita yang terdalam, cinta kita pada Allah tidak cukup dan tidak lah sehebat mana yg kita zahirkan. Dalam kita melaksanakan apa saja perintah Allah kita sudah membelakangkan Allah S.W.T dalam kehidupan kita. Contoh mudah melewatkan solat, lewat atas alasan tidak sepatutnya mendahulukan hal-hal internet, sembang-smbang kosong lainlah jika ada uzur syar’ie atau dalam situasi di mana ada kerja yang sangat-sangat perlu di utamakan. Dimana kita meletakkan Allah dalam hati kita?
“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun. Tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri “ ( Yunus 10:44 ).
Julanglah Allah setinggi-tingginya “ Allah Menjanjikan orang yang beriman, Lelaki dan perempuan, ( akan beroleh ) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal didalamnya dana beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “ Syurga And” serta keredhaan daripada Allah yang lebih besar kemuliaanya; ( balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar ”. ( At- Taubah 9: 72 )
 Buktikan cinta itu, bukan sekadar dengan kata-kata tetapi dengan amal dan perlakuan. Betul, manusia itu tidak lari dari membuat dosa kenapa malu hendak bertaubat , ia tidak cukup sekadar istighfar, kemudian kita solat taubat dan esok kita ulang balik kesalahan kita bukan. Taubat adalah menjauhkan diri kita dari berbuat dosa itu. Maka carilah jalan untuk menjauhkan diri dari dosa itu,  “ dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya hanya kaum kafir sahaja yang berputus asa dari rahmat Allah.” ( Yusuf 12:87 ) .
Berusahalah kita mendekati- NYA . Insha- Allah dia akan lebih pantas mendekati kita . Kita dan masalah tu ibarat saudara kembar. Tiada satu pun di kalangan manusia yang hidup tanpa masalah. Pernah di ucapkan satu baris syair pada saya “ Ombak yang datang tidaklah sebesar mana Cuma perahunya sahaja yang kecil.” Kita selalu menyedapkan hati dengan mengatakan Allah tidak menguji hamba – NYA melainkan kemampuanya. Maka sebab itu dalam surah Ghafir ayat 60, Allah menyatakan bahawa, sesiapa yang sombong untuk meminta pertolongan dari pada-NYA, berhenti meminta kepada-NYA, maka Allah akan membakarnya di neraka. Tuhan kamu berfirman : “ Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang yang bersikap sombong untuk beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan kehinaan.” Maka berdoalah untuk kuat mengharungi cabaran dan dugaan hidup bukan meminta di kurang kan dugaan dan cabaran. Kerendahan hati dalam kehidupan membawa kita kepada ketenangan.
Kita perlukan kekayaan hati. Itulah kekayaan sebenarnya pernah kita dengar dan kita baca sabda Rasullulah; “ Dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad,  jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasad , ketahuilah bahawa ia adalah hati.” (Riwayat bukhari dan Muslim ).
Maka cari lah kekayaan hati dengan kembali kepada Rasullullah. Kayakan hati kita dengan didikan islam yang bersih, sentiasaberasakan kita kerdil dan sentiasa ingat kehebatan, rezeki, dan apa yang kita perolehi dalam kehidupan ini adalah pemberian-Nya.
“ Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kamu mengatasi sebahagian yang lain dalam hal rezeki, Orang yang diberi kelebihan tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang itu medapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik ; Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan dijadikan bagi kamu daripada isteri kamu anak-anak dan cucu-cicit, serta di kurniakan kepada kamu benda-benda yang baik lagi halal, maka patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?          ( An-Nahl 16: 71-72 )

“ Ya Allah, Tetapkanlah hati kami di atas deen Mu. Ya Allah, Tetapkan hati kami di atas ketaatan kepada Mu. Sesungguhnya kamilah ornag yang sering menzalimi diri kami sendiri, dan Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .”
Mari kita sama-sama berdoa, dan berharap kita tidak menjadikan dunia itu perkara yang paling besar dalam hati kita, letak dunia itu di tangan untuk di manipulasi, bukan untuk di cintai.  
 Wassalam..


Coretan,
Ashabul Khaf.
09-02-2019  ( 12.51 am )
“ Diam Mengingati Kamu.”