Dari Lensa Kehidupan
( Cita-Cita Dan Kerinduan )
Bismillah….
Hidup ini anugerah
Allah buat kita, Kita dilahirkan menguak jendela dunia dengan pandagan kita.
Kita membesar dari saat bayi yang kosong sehingga jadi pelajar, kemudian
menjadi seorang yang berkerjaya. Kemudian berumah tangga dan menjadi ibu
bapa,dan kita terus melangkah sehinggalah tiba saat satu hari kita mati. Cuba
kita duduk sebentar dan berfikir bukankah hidup kita ini anugerah Allah berikan
pada kita. Allah menciptakan kita sebagai manusia bukan sebagai makhluk lain
sudah merupakan hadiah yang besar buat kita.
Friman Allah S.W.T bermaksud ; “ Sesungguhnya kami ciptakan insan itu
dengan sebaik-baik penciptaan.” ( At-Tin:4 )
bermakna tiada makhluk sebaik kita sebagai
manusia. Allah menciptakan kita sebaik-naik penciptaan. Allah meminta malaikat
sujud kepada kitasebagai tanda kemuliaan kita. Kemudian Allah tetapkan tujuan
kita sebagai suatu ibadah, jesteru kemanakah manusia selepas hidupnya.? Jelas
kepada kita, tempat kembali kita hanya satu, iaitu hendak bertemu Allah. Kita
akan pulang kepada Allah maka sebab itulah kita perlu memenuhi tujuan hidup itu
dengan ibadah. Kita diciptakan dengan istimewa di berikan pula kejadian
istimewa mengapa kita perlu menghukum manusia yang lainnya. Tidak kira ia
mempunyai harta, yang miskin, yang sempurna atau tidak sempurna kita adalah
manusia yang dijadikan sempurna dan teristimewa yg Allah ciptakan.
Apa tangggapan kita
pada hidup kita,adaklah kita merasakan kehidupan kita ni tidak setimpal
berbanding yang dengan manusia lainnya.? Sahabat ku cuba lihat Ayah dan ibu
kita, mereka tidak pernah meminta hutang pada kamu yg mereka berikan pada kamu,
tulang empat kerat di hempas mereka untuk bahagia kan kamu, hidupnya di Lautan
luas membanting belikatnya demi sesuap nasi untuk mengalas perut kecil kamu.
Dan ibumu yang sentiasa lapar demi memberimu susu agar kamu sentiasa dalam
keredhaan dan sentiasa kuat dalam hidup.
Tetapi mengapa kita perkecilkan niatnya, kita minta yang lebih dari
kemampuannya, mengapa tidak Cuma meminta cinta dan kasih sayang mereka. Kita
selalu terasa hati, berasa penat, kecewa dengan apa yg kita tidak dapat miliki,
asyik meminta dirinya di fahami,tetapi tidak berusaha hendak memahami. Bolehkah
kita tidak lupa kita dalam hidup yang mutualisme, jangan di junjung sikap
anani. Sebab itu ajak diri kita untuk berikan perhatian pada ibu bapa kita,
selagi mereka masih wujud di depan mata kita, selagi kita boleh menghubungi
walau dari kejauhan mana-mana, Sebelum Allah Tarik nyawa mereka dan menutup peluang
untuk kita berbakti pada mereka .
“ Seorang lelaki pernah bertanya kepada
Rasullulah S.A.W “ Adakah aku patut ikut berjihad?”
Rasullulah S.A.W bertanya, “ Apakah ibu
bapamu masih hidup?” Orang itu menjawab,
“ Ya.”
Rasullulah berkata “ Lakukanlah Jihad untuk
keuntungan Mereka.” ( Riwayat al-bukhari )
Sememangnya Ibu
bapalah adalah antara jihad kita di jalan Allah. Pernah terbaca satu kisah
dalam sebuah buku tarbiah, ada seorang lelaki yang membawa ibunya, anak dan
isterinya menaiki sebuah bot. Kemudian bot itu karam dan semua kelemasan. Si
lelaki pandai berenang, dan terus memilih menyelamatkan ibunya tanpa banyak
berhitung. Isteri dan anaknya mati begitu sahaja. Apabila orang tahu akan
ceritanya, orang bertanya, kenapa bertindak sedemekian rupa?
Dia berkata , “
Isteri dan anak, Insya- Allah aku akan dapat cari ganti. Tetapi ibuku, aku
hanya ada satu ibu sahaja dan itu tidak boleh di cari lagi.”
Apa kah cita-cita
kita.? Jurutera, Doktor, Peguam.?.
Aku jugak punya
Cita-Cita. Cita-Cita yang ingin membalas semua jasa mereka yang takkan terbalas sampai bila-bila.
Memberikan kebahagian kepada mereka.
“ Mencari
Kemanisan dalam kehidupan,
Coretan,
Ashabulkhaf,
19th Nov 2016
“ Lilin kecil bersinarlah terang.”
