Tuesday, 12 February 2019

Dinding ilahi

Dinding Ilahi ( Mengapai Cinta) Part 1

























Bismillah,

Alangkah bahagianya bila insan dititipkan cinta ke dalam hatinya semua terlihat bahagia, hati merasa senang, kata orang berbunga-bunga hihihi,, menjadi mat bunga kononnya, semua cerita pasal percintaan di beleknya, tiba-tiba sibuk membaca novel yang tidak pernah di baca,mulalah dengar lagu cinta-cinta, mula berjinak dengan drama, al maklumlah first time bila dititipkan rasa yang tak pernah di fikirkan... Perkara yang terutama terlihat semua tentang si dia, hari ini cara pemakainya , bagaimana dengan moodnya hari, bermulalah sifat ingin tahu siapa dia yang miliki hati indah itu...

Hari demi hari memendam rasa cinta, memendam rasa bahagia cuma dangan hanya mampu melihatnya,  bertutur dengan mata, berbicara dengan hati, menyanjung dan menghormatimu kerana kamu wanita yang teristimewa di sanubari. Allah... tidak dapat  menggambarkan perasaan yang Engkau berikan kepada ia seperti merantai hati yang bergelora. Apa yang  bisa cuma merendahkan pandangan  padanya kerana takut dia menjauhkan dirinya.

Demi Allah yang membolak balikkan hati, Dia memberikan bahagia, berikan ketenangan untuk terus menghadapi dua anak mata yang  sentiasa bisa melihat kesederhanaanmu. Penuh maksud apa yang kamu perlihatkan pada ku tentang sabar, tentang kewajipan, tentang teguhnya kamu seperti karang, tetapi aku juga penuh dengan perasaan ragu-ragu, aku manusia tidaklah sempurna yang sempurna tu tentulah Allah. Pernah seorang sahabatku mengirimkan bait kata-kata menenteramkan hatiku 

" Bila kita mencintai seseorang itu maka jadiakan dia istimewa buat kita,hargai dia dengan doa jadikan dia istimewa dalam doamu, agar Allah tahu dia istemwa buat kamu dan dia berharga dalam hati kamu." 

Wahai hati cuba kau dengarkan isi hati yang penuh dengan keikhlasan, yang cuba memberitahumu tentang kewujudan ku, keberadaan yang cuba membelamu daripada celaan orang sekelilingmu...mendengar bibit lagu dari 'Inteam - Bisikan Nurani.' mengingatkan aku pada dirimu..

Maka bila aku cuba pertahankan perasaan yang tersembunyi ini seperti ada aura yang mengajarku untuk lebih terbuka kepadanya, cuba mendekatinya, dan cuba menyampaikan apa yang tersirat dalam hati sejak sekian lama...

Aku sangat mengerti ada dinding yang sangat tinggi untuk aku mencapainya dalam memberikan hati ini kepadanya. Sekarang aku tengah berusaha memanjat dinding itu, dan ku tahu dia tidak dapat menjanjikan apa-apa harapan buatku tapi aku tahu dan yakin pada Allah, Dia mengetahui segala isi hati ini. Dialah Sebaik-baik perancang.

Tetapi harus aku ingatkan pada diriku, seperti dia sering mengingatkan diri ku tentang tanggungjawab, Maka aku tidak pernah melupakan ia, telah ku berjanji pada Allah dan pada diri untuk menjadi hamba yang patuh dan bertanggungjawab, kerana aku sangat meminati sifat-sifat yang ada pada sahabat-sahabat Rasullulah berjuang sampai ketitisan hayat. Jangan di cerita pada sifat mulia Rasullulah aku cuma umatnya yang kerdil dan mencintai sunnahnya. 

Aku tahu cinta itu akan melalaikan aku sekiranya aku melebihkan cinta manusia dari cinta Allah, Aku tahu Allah mencintaiku lebih daripada aku mencintai-Nya. Dan aku meletakkan rasa cinta yang di miliki ini sepenuhnya kepada Allah berharap sepenuhnya kepada-Nya. sekiranya aku tersadung dan jatuh. Maka jika Dia mengizinkan ku untuk terus mengapai dinding yang tinggi itu akan aku terus cuba, kerana aku seorang lelaki dan sifat lelaki itu perlu ada sifat pejuang dan tidak perlu berputus asa, itu adalah salah satu sifat Iman. 

Ketahuilah pada dirimu, yang aku senantiasa ada di belakangmu, mengagumi, menghormatimu,menghargaimu dalam diamku. Dan ketahuilah yang aku dengan hatiku yang sentiasa bersedia untuk tangis dan tawamu...Dan jika cinta ini merampasku suatu hari kelak ketahuilah semua rasa yang ada padamu tidak akan terkubur dan luput... Atas Nama Cinta....

" Hakikat Sebuah Cinta." 

Wassalam...

Coretan, 
Ashabulkhaf, 
12th Feb 2019