Istiqamah Dalam
Serendah Hati, ( “Sentiasa Ada buat Kamu” )
Bismillahirahmanhi Rahim,
Istiqamah, adakah kita dalam istiqamah, benar kah hati kita dalam
kerendahan. Adakah kita telah membuang Ego kita, ya kita punyai harta yg kita
anggap bernilai , kita punyai kereta mewah, rumah mewah, isteri-isteri yg
cantik, segala kelebihan di dunia. Pernahkan kita berfikir dalam keadaan yang
berbeza. Bayangkan kamu berada di dalam sebuah kotak.Kemudian pada kotak itu
ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu.
Apakah kamu mengira dunia itu, hanya dari arah lubang itu sahaja? Adakah kamu
merasakan kebenaran itu hanya apa yang ditunjukan pada lubang itu sahaja.?
Apakah yang kamu Nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang
mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? Cuba lihat dengan lebih banyak
pandagan dan wujudkan lubang-lubang lain dalam kotak kehidupan kita.
Sahabat-sahabat seperjuangan tidak cukupkah Allah buat kita. Kita zahir kan
dari lidah kita Cintakan Allah dari segalanya benarkah.?Apa yang terucap zahir
dari lidah bukan dari hati kita yang terdalam, cinta kita pada Allah tidak
cukup dan tidak lah sehebat mana yg kita zahirkan. Dalam kita melaksanakan apa
saja perintah Allah kita sudah membelakangkan Allah S.W.T dalam kehidupan kita.
Contoh mudah melewatkan solat, lewat atas alasan tidak sepatutnya mendahulukan
hal-hal internet, sembang-smbang kosong lainlah jika ada uzur syar’ie atau
dalam situasi di mana ada kerja yang sangat-sangat perlu di utamakan. Dimana
kita meletakkan Allah dalam hati kita?
“ Sesungguhnya Allah tidak
menzalimi manusia sedikit pun. Tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka
sendiri “ ( Yunus 10:44 ).
Julanglah Allah
setinggi-tingginya “ Allah Menjanjikan orang yang beriman, Lelaki dan perempuan,
( akan beroleh ) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka
kekal didalamnya dana beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “ Syurga And”
serta keredhaan daripada Allah yang lebih besar kemuliaanya; ( balasan) yang
demikian itulah kejayaan yang besar ”. ( At- Taubah 9: 72 )
Buktikan cinta itu, bukan
sekadar dengan kata-kata tetapi dengan amal dan perlakuan. Betul, manusia itu
tidak lari dari membuat dosa kenapa malu hendak bertaubat , ia tidak cukup
sekadar istighfar, kemudian kita solat taubat dan esok kita ulang balik
kesalahan kita bukan. Taubat adalah menjauhkan diri kita dari berbuat dosa itu.
Maka carilah jalan untuk menjauhkan diri dari dosa itu, “ dan janganlah kamu berputus asa daripada
rahmat Allah.
Sesungguhnya hanya kaum kafir
sahaja yang berputus asa dari rahmat Allah.” ( Yusuf 12:87 ) .
Berusahalah kita mendekati- NYA . Insha- Allah dia akan lebih pantas
mendekati kita . Kita dan masalah tu ibarat saudara kembar. Tiada satu pun di
kalangan manusia yang hidup tanpa masalah. Pernah di ucapkan satu baris syair
pada saya “ Ombak yang datang tidaklah sebesar mana Cuma perahunya sahaja yang
kecil.” Kita selalu menyedapkan hati dengan mengatakan Allah tidak menguji
hamba – NYA melainkan kemampuanya. Maka sebab itu dalam surah Ghafir ayat 60,
Allah menyatakan bahawa, sesiapa yang sombong untuk meminta pertolongan dari
pada-NYA, berhenti meminta kepada-NYA, maka Allah akan membakarnya di neraka.
Tuhan kamu berfirman : “ Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu.Sesungguhnya orang yang bersikap sombong untuk beribadah dan berdoa
kepada-Ku, akan masuk ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan kehinaan.” Maka
berdoalah untuk kuat mengharungi cabaran dan dugaan hidup bukan meminta di
kurang kan dugaan dan cabaran. Kerendahan hati dalam kehidupan membawa kita
kepada ketenangan.
Kita perlukan kekayaan hati. Itulah kekayaan sebenarnya pernah kita
dengar dan kita baca sabda Rasullulah; “ Dalam jasad manusia terdapat seketul
daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh
jasad , ketahuilah bahawa ia adalah hati.” (Riwayat bukhari dan Muslim ).
Maka cari lah kekayaan hati dengan kembali kepada Rasullullah. Kayakan
hati kita dengan didikan islam yang bersih, sentiasaberasakan kita kerdil dan
sentiasa ingat kehebatan, rezeki, dan apa yang kita perolehi dalam kehidupan
ini adalah pemberian-Nya.
“ Dan Allah telah melebihkan
sebahagian daripada kamu mengatasi sebahagian yang lain dalam hal rezeki, Orang
yang diberi kelebihan tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan
hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang itu medapat sama mempunyai
harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan
perbuatan syirik ; Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis
kamu sendiri dan dijadikan bagi kamu daripada isteri kamu anak-anak dan
cucu-cicit, serta di kurniakan kepada kamu benda-benda yang baik lagi halal,
maka patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan mereka kufur pula
akan nikmat Allah? ( An-Nahl 16:
71-72 )
“ Ya Allah, Tetapkanlah hati kami di atas deen Mu. Ya Allah, Tetapkan
hati kami di atas ketaatan kepada Mu. Sesungguhnya kamilah ornag yang sering
menzalimi diri kami sendiri, dan Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani .”
Mari kita sama-sama berdoa, dan berharap kita tidak menjadikan dunia
itu perkara yang paling besar dalam hati kita, letak dunia itu di tangan untuk
di manipulasi, bukan untuk di cintai.
Wassalam..
Coretan,
Ashabul Khaf.
09-02-2019
( 12.51 am )
“ Diam Mengingati Kamu.”