Wednesday, 13 February 2019

Sebelum Resah, ( Hati- Hati Yang Bahagia )

Bismillah,

Assalamualikum Sahabat-sahabat banyak penulisan saya mengenai hati kan, ya hari ini pun kita bercerita tentang hati juga ðŸ˜‰ , kita bincang soal hati ini kerana hati adalah tunjang dalam hidup kita, Rasullulah S.A.W sentiasa meningatkan kita pasal hati dengan sabdanya : 

" Dalam Jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa ia adalah hati." 

Hati yang kuat adalah perisai yang paling ampuh dalam menempuh kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi. Dengan hati yang bersih dan tunduk kepada Allah sahajalah yang mampu membawa kita berjalan menundukkan dunia. Dengan menundukkan apa yang ada di dalam hati, insya-Allah, Allah menundukkan apa yang ada di dunia ini buat kita. 

Selalunya kita melihat manusia yang berlagak hebat, angkuh atau takabur, dalam kehidupan jika kita membina rasa ego yang mengunung kita tidak akan sedar yang kita sedang membina satu tembok yang tinggi lagi tebal sesama kita. Maka cuba kita rendahkan hati, 

Kerendahan hati, sama sekali berbeza dengan merendahkan diri, kerendahan hati bukan untuk kita praktiskan kepada orang sekeliling kita, tapi hakikatnya kerendahan hati untuk kita persembahkan pada Allah, Dengan merendahkan hati kita akan dapat membuang hati kita dari prasangka yang buruk, ego yang meninggi, takabur yang memuncak dan apa saja yang bersarang dalam hati, seterusnya menonjol kepada kehidupan. 

Orang tidak mampu melihat kerendahan hati ini dalam diri kita. Tetapi, ia tanggungjawab kita pada Allah. Hanya kita dan Allah saja yang tau kondisi hati kita,. Kita tidak memenangkan hawa nafsu, atau emosi, atau kepuasan diri semata-mata untuk satu perkara.

Kerendahan hati tidak membawa kepada kehinaan sebaliknya membawa kepada kemuliaan. 

Mari Kita mula melihat diri kita apakah kita berusaha merendahkan hati kita.? 


Wassalam, 

" Salute with cool person that always remain calm."

Coretan, 
Ashabulkhaf, 
13feb 2019. 



Tuesday, 12 February 2019

Dinding ilahi

Dinding Ilahi ( Mengapai Cinta) Part 1

























Bismillah,

Alangkah bahagianya bila insan dititipkan cinta ke dalam hatinya semua terlihat bahagia, hati merasa senang, kata orang berbunga-bunga hihihi,, menjadi mat bunga kononnya, semua cerita pasal percintaan di beleknya, tiba-tiba sibuk membaca novel yang tidak pernah di baca,mulalah dengar lagu cinta-cinta, mula berjinak dengan drama, al maklumlah first time bila dititipkan rasa yang tak pernah di fikirkan... Perkara yang terutama terlihat semua tentang si dia, hari ini cara pemakainya , bagaimana dengan moodnya hari, bermulalah sifat ingin tahu siapa dia yang miliki hati indah itu...

Hari demi hari memendam rasa cinta, memendam rasa bahagia cuma dangan hanya mampu melihatnya,  bertutur dengan mata, berbicara dengan hati, menyanjung dan menghormatimu kerana kamu wanita yang teristimewa di sanubari. Allah... tidak dapat  menggambarkan perasaan yang Engkau berikan kepada ia seperti merantai hati yang bergelora. Apa yang  bisa cuma merendahkan pandangan  padanya kerana takut dia menjauhkan dirinya.

Demi Allah yang membolak balikkan hati, Dia memberikan bahagia, berikan ketenangan untuk terus menghadapi dua anak mata yang  sentiasa bisa melihat kesederhanaanmu. Penuh maksud apa yang kamu perlihatkan pada ku tentang sabar, tentang kewajipan, tentang teguhnya kamu seperti karang, tetapi aku juga penuh dengan perasaan ragu-ragu, aku manusia tidaklah sempurna yang sempurna tu tentulah Allah. Pernah seorang sahabatku mengirimkan bait kata-kata menenteramkan hatiku 

" Bila kita mencintai seseorang itu maka jadiakan dia istimewa buat kita,hargai dia dengan doa jadikan dia istimewa dalam doamu, agar Allah tahu dia istemwa buat kamu dan dia berharga dalam hati kamu." 

Wahai hati cuba kau dengarkan isi hati yang penuh dengan keikhlasan, yang cuba memberitahumu tentang kewujudan ku, keberadaan yang cuba membelamu daripada celaan orang sekelilingmu...mendengar bibit lagu dari 'Inteam - Bisikan Nurani.' mengingatkan aku pada dirimu..

Maka bila aku cuba pertahankan perasaan yang tersembunyi ini seperti ada aura yang mengajarku untuk lebih terbuka kepadanya, cuba mendekatinya, dan cuba menyampaikan apa yang tersirat dalam hati sejak sekian lama...

Aku sangat mengerti ada dinding yang sangat tinggi untuk aku mencapainya dalam memberikan hati ini kepadanya. Sekarang aku tengah berusaha memanjat dinding itu, dan ku tahu dia tidak dapat menjanjikan apa-apa harapan buatku tapi aku tahu dan yakin pada Allah, Dia mengetahui segala isi hati ini. Dialah Sebaik-baik perancang.

Tetapi harus aku ingatkan pada diriku, seperti dia sering mengingatkan diri ku tentang tanggungjawab, Maka aku tidak pernah melupakan ia, telah ku berjanji pada Allah dan pada diri untuk menjadi hamba yang patuh dan bertanggungjawab, kerana aku sangat meminati sifat-sifat yang ada pada sahabat-sahabat Rasullulah berjuang sampai ketitisan hayat. Jangan di cerita pada sifat mulia Rasullulah aku cuma umatnya yang kerdil dan mencintai sunnahnya. 

Aku tahu cinta itu akan melalaikan aku sekiranya aku melebihkan cinta manusia dari cinta Allah, Aku tahu Allah mencintaiku lebih daripada aku mencintai-Nya. Dan aku meletakkan rasa cinta yang di miliki ini sepenuhnya kepada Allah berharap sepenuhnya kepada-Nya. sekiranya aku tersadung dan jatuh. Maka jika Dia mengizinkan ku untuk terus mengapai dinding yang tinggi itu akan aku terus cuba, kerana aku seorang lelaki dan sifat lelaki itu perlu ada sifat pejuang dan tidak perlu berputus asa, itu adalah salah satu sifat Iman. 

Ketahuilah pada dirimu, yang aku senantiasa ada di belakangmu, mengagumi, menghormatimu,menghargaimu dalam diamku. Dan ketahuilah yang aku dengan hatiku yang sentiasa bersedia untuk tangis dan tawamu...Dan jika cinta ini merampasku suatu hari kelak ketahuilah semua rasa yang ada padamu tidak akan terkubur dan luput... Atas Nama Cinta....

" Hakikat Sebuah Cinta." 

Wassalam...

Coretan, 
Ashabulkhaf, 
12th Feb 2019 


Monday, 11 February 2019


Masa Lalu ( Jauh Di Lubuk Hati )















Bismillah…

Kenangan Lalu yang bernilai sekali dalam hidup insan,terlalu banyak cebisan-cebisan kenangan  masa kita muda remaja, di alam persekolahan, dia alam university, sampaikan terlupa akan hari yang mendatang masih bermain dengan arus dunia yang  semakin tua. Pernah dengar pepatah dari orang tua-tua kepada anak muda “ Keluarlah mengembara supaya kamu mengerti akan erti hidup.” Allah S.W.T sendiri menyuruh kita agar kita lebih peka dan sensitif, melihat dan mengambil pengajaran.

“ Katakanlah: “ Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang berdosa itu. ( An-Naml 27:69 )

kita adalah salah seorang pengembara yang mencari manisnya kehidupan, kita terima pelbagai keluhan, kebenaran, kedustaan, kecintaan dalam perjalanan kita. Melalui lorong-lorong kehidupan, menolak semua kebenaran di hadapan, kita memilih jalan-jalan yang terang dan ramai yang gembira melaluinya dan lupa apa yang ada di penghujungnya , Iya kita masih muda masih penuh dengan kudarat dalam tenaga pernah terpikir bila kita akan mati bertemu Al-khaliq.? Kita sedia maklum bahawa satu hari kita akan mati. Selepas itu kita akan kembali kepada Allah S.W.T membawa segala amal yang kita ada.

“ Apakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka. Sebenarnya ( Kami Mendengar) dan utusan-utusan (malaikat ) kami selalu mencatat di sisi mereka.” ( Az-Zukhruf : 80 )

Dalam pengembaraan yang berliku kami melihat pemergian rakan seperjuangan kami pada waktu usia kami sangat muda, masih terniang di gegendang telinga kata-kata  sahabat sebelum beliau tidak lagi wujud di mata kami “ Jangan putus harapan, Tingkatkan Amal, Ingatkan aku masa aku lalai.”  kami rindukan bergurau sendanya melakukan kerja amal dengannya. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Tetapi sementara kita masih hidup di dunia ini kita cuba fokuskan pada kehidupan  bakti kita pada ibu – bapa dan teruskan hidup mengejar cinta Allah , pernah terlihat satu kata-kata hikmah :

“ Orang yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya, dia memilih bagaiman hendak mati, dan dia sendiri mimilih tempat mana dia hendak pergi selepas mati.”

Kita manusia,. Apabila namanya manusia maka sifatnya tentulah tidak sempurna, melainkan Allah S.W.T. Apabila tidak sempurna , pasti ada lekukan-lekukan dalam perjalanan yang buat kita ini tergugat,. Ujian, cabaran serta halangan  yang datang dalam kehidupan insan adalah rencah kepada kehidupan itu sendiri. Namun tidak semua mampu menghadapi ujian, Kekurangan serta cabaran yang di berikan pada mereka. Melihat kesungguhan manusia yang tidak pernah merungut dengan cabaran dan segala ujian dia hadapi. Dia berkahwin dan penuh kebahagian kemudian di kurniakan cahaya mata yang tidak seperti anak-anak kecil lain berjalan , bermain, bergurau senda dengan rakan-rakan di sekolah, dan si anak hanya berbaring menunggu belas kasihan dari ibu, menunggu ayah pulang berikan sekantung susu.

 “ Azam nama dia.” Cekal hati dia mengembirakan kan ayah dan ibu dia kuat kan hidup walau dulunya terbaring dalam botol kaca. Teguh hati ibu ayahnya memberikan kasih walau mereka tahu sekeliling mereka mengata-ngata di belakang. “ Adik Azam Kuatkan dirimu bimbing tangan ibu dan ayahmu ke syurga ya, mereka berdua cuma ada kamu sebagai tiket untuk bertemu dgn Allah nanti,” Pernahkah kita cuba mensyukuri nikmat yang Allah beri pada kita, akal yang sehat, tampan. Duduk bermuhasabah diri dan cuba kenang semula kehidupan yang telah dan sedang kita lalui ini.

Kehidupan kita ini sangat unik dan menarik , Kadang-kadang kita tidak sedari, kehidupan manusia lain mampu berikan kesan kepada kita , bila orang gembira kita turut senang hati, bila orang sedih kita turut berduka kasihan ini fitrah kita sebagai manusia, adakah kita tahu dengan mengembirakan orang itu satu keperluan.?

Mari Kita Teliti Kehidupan Kita…!
“ Untukmu Sahabat Ku, Tunggu kami, Doakan Kami, Supaya Bertemumu di Adn.”
Coretan,
Ashabulkhaf,
1st Dec 2016

“ Cuba Menjadi Hamba.” 



Sunday, 10 February 2019


Dari Lensa Kehidupan ( Cita-Cita Dan Kerinduan )




Bismillah….                                                           
Hidup ini anugerah Allah buat kita, Kita dilahirkan menguak jendela dunia dengan pandagan kita. Kita membesar dari saat bayi yang kosong sehingga jadi pelajar, kemudian menjadi seorang yang berkerjaya. Kemudian berumah tangga dan menjadi ibu bapa,dan kita terus melangkah sehinggalah tiba saat satu hari kita mati. Cuba kita duduk sebentar dan berfikir bukankah hidup kita ini anugerah Allah berikan pada kita. Allah menciptakan kita sebagai manusia bukan sebagai makhluk lain sudah merupakan hadiah yang besar buat kita. 
Friman Allah S.W.T bermaksud ; “ Sesungguhnya kami ciptakan insan itu dengan sebaik-baik penciptaan.” ( At-Tin:4 )
 bermakna tiada makhluk sebaik kita sebagai manusia. Allah menciptakan kita sebaik-naik penciptaan. Allah meminta malaikat sujud kepada kitasebagai tanda kemuliaan kita. Kemudian Allah tetapkan tujuan kita sebagai suatu ibadah, jesteru kemanakah manusia selepas hidupnya.? Jelas kepada kita, tempat kembali kita hanya satu, iaitu hendak bertemu Allah. Kita akan pulang kepada Allah maka sebab itulah kita perlu memenuhi tujuan hidup itu dengan ibadah. Kita diciptakan dengan istimewa di berikan pula kejadian istimewa mengapa kita perlu menghukum manusia yang lainnya. Tidak kira ia mempunyai harta, yang miskin, yang sempurna atau tidak sempurna kita adalah manusia yang dijadikan sempurna dan teristimewa yg Allah ciptakan.
Apa tangggapan kita pada hidup kita,adaklah kita merasakan kehidupan kita ni tidak setimpal berbanding yang dengan manusia lainnya.? Sahabat ku cuba lihat Ayah dan ibu kita, mereka tidak pernah meminta hutang pada kamu yg mereka berikan pada kamu, tulang empat kerat di hempas mereka untuk bahagia kan kamu, hidupnya di Lautan luas membanting belikatnya demi sesuap nasi untuk mengalas perut kecil kamu. Dan ibumu yang sentiasa lapar demi memberimu susu agar kamu sentiasa dalam keredhaan dan sentiasa kuat dalam hidup.  Tetapi mengapa kita perkecilkan niatnya, kita minta yang lebih dari kemampuannya, mengapa tidak Cuma meminta cinta dan kasih sayang mereka. Kita selalu terasa hati, berasa penat, kecewa dengan apa yg kita tidak dapat miliki, asyik meminta dirinya di fahami,tetapi tidak berusaha hendak memahami. Bolehkah kita tidak lupa kita dalam hidup yang mutualisme, jangan di junjung sikap anani. Sebab itu ajak diri kita untuk berikan perhatian pada ibu bapa kita, selagi mereka masih wujud di depan mata kita, selagi kita boleh menghubungi walau dari kejauhan mana-mana, Sebelum Allah Tarik nyawa mereka dan menutup peluang untuk kita berbakti pada mereka .
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasullulah S.A.W “ Adakah aku patut ikut berjihad?”
Rasullulah S.A.W bertanya, “ Apakah ibu bapamu masih hidup?”  Orang itu menjawab, “ Ya.”
Rasullulah berkata “ Lakukanlah Jihad untuk keuntungan Mereka.” ( Riwayat al-bukhari )



Sememangnya Ibu bapalah adalah antara jihad kita di jalan Allah. Pernah terbaca satu kisah dalam sebuah buku tarbiah, ada seorang lelaki yang membawa ibunya, anak dan isterinya menaiki sebuah bot. Kemudian bot itu karam dan semua kelemasan. Si lelaki pandai berenang, dan terus memilih menyelamatkan ibunya tanpa banyak berhitung. Isteri dan anaknya mati begitu sahaja. Apabila orang tahu akan ceritanya, orang bertanya, kenapa bertindak sedemekian rupa?

Dia berkata , “ Isteri dan anak, Insya- Allah aku akan dapat cari ganti. Tetapi ibuku, aku hanya ada satu ibu sahaja dan itu tidak boleh di cari lagi.”

Apa kah cita-cita kita.? Jurutera, Doktor, Peguam.?.

Aku jugak punya Cita-Cita. Cita-Cita yang ingin membalas semua jasa mereka  yang takkan terbalas sampai bila-bila. Memberikan kebahagian kepada mereka.



“ Mencari Kemanisan dalam kehidupan, 



Coretan,

Ashabulkhaf,

19th Nov 2016

“ Lilin kecil bersinarlah terang.”


Istiqamah Dalam Serendah Hati, ( “Sentiasa Ada buat Kamu” )
Bismillahirahmanhi Rahim,
Istiqamah, adakah kita dalam istiqamah, benar kah hati kita dalam kerendahan. Adakah kita telah membuang Ego kita, ya kita punyai harta yg kita anggap bernilai , kita punyai kereta mewah, rumah mewah, isteri-isteri yg cantik, segala kelebihan di dunia. Pernahkan kita berfikir dalam keadaan yang berbeza. Bayangkan kamu berada di dalam sebuah kotak.Kemudian pada kotak itu ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. Apakah kamu mengira dunia itu, hanya dari arah lubang itu sahaja? Adakah kamu merasakan kebenaran itu hanya apa yang ditunjukan pada lubang itu sahaja.? Apakah yang kamu Nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? Cuba lihat dengan lebih banyak pandagan dan wujudkan lubang-lubang lain dalam kotak kehidupan kita. Sahabat-sahabat seperjuangan tidak cukupkah Allah buat kita. Kita zahir kan dari lidah kita Cintakan Allah dari segalanya benarkah.?Apa yang terucap zahir dari lidah bukan dari hati kita yang terdalam, cinta kita pada Allah tidak cukup dan tidak lah sehebat mana yg kita zahirkan. Dalam kita melaksanakan apa saja perintah Allah kita sudah membelakangkan Allah S.W.T dalam kehidupan kita. Contoh mudah melewatkan solat, lewat atas alasan tidak sepatutnya mendahulukan hal-hal internet, sembang-smbang kosong lainlah jika ada uzur syar’ie atau dalam situasi di mana ada kerja yang sangat-sangat perlu di utamakan. Dimana kita meletakkan Allah dalam hati kita?
“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun. Tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri “ ( Yunus 10:44 ).
Julanglah Allah setinggi-tingginya “ Allah Menjanjikan orang yang beriman, Lelaki dan perempuan, ( akan beroleh ) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal didalamnya dana beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “ Syurga And” serta keredhaan daripada Allah yang lebih besar kemuliaanya; ( balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar ”. ( At- Taubah 9: 72 )
 Buktikan cinta itu, bukan sekadar dengan kata-kata tetapi dengan amal dan perlakuan. Betul, manusia itu tidak lari dari membuat dosa kenapa malu hendak bertaubat , ia tidak cukup sekadar istighfar, kemudian kita solat taubat dan esok kita ulang balik kesalahan kita bukan. Taubat adalah menjauhkan diri kita dari berbuat dosa itu. Maka carilah jalan untuk menjauhkan diri dari dosa itu,  “ dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya hanya kaum kafir sahaja yang berputus asa dari rahmat Allah.” ( Yusuf 12:87 ) .
Berusahalah kita mendekati- NYA . Insha- Allah dia akan lebih pantas mendekati kita . Kita dan masalah tu ibarat saudara kembar. Tiada satu pun di kalangan manusia yang hidup tanpa masalah. Pernah di ucapkan satu baris syair pada saya “ Ombak yang datang tidaklah sebesar mana Cuma perahunya sahaja yang kecil.” Kita selalu menyedapkan hati dengan mengatakan Allah tidak menguji hamba – NYA melainkan kemampuanya. Maka sebab itu dalam surah Ghafir ayat 60, Allah menyatakan bahawa, sesiapa yang sombong untuk meminta pertolongan dari pada-NYA, berhenti meminta kepada-NYA, maka Allah akan membakarnya di neraka. Tuhan kamu berfirman : “ Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang yang bersikap sombong untuk beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan kehinaan.” Maka berdoalah untuk kuat mengharungi cabaran dan dugaan hidup bukan meminta di kurang kan dugaan dan cabaran. Kerendahan hati dalam kehidupan membawa kita kepada ketenangan.
Kita perlukan kekayaan hati. Itulah kekayaan sebenarnya pernah kita dengar dan kita baca sabda Rasullulah; “ Dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad,  jika buruk daging itu maka buruklah seluruh jasad , ketahuilah bahawa ia adalah hati.” (Riwayat bukhari dan Muslim ).
Maka cari lah kekayaan hati dengan kembali kepada Rasullullah. Kayakan hati kita dengan didikan islam yang bersih, sentiasaberasakan kita kerdil dan sentiasa ingat kehebatan, rezeki, dan apa yang kita perolehi dalam kehidupan ini adalah pemberian-Nya.
“ Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kamu mengatasi sebahagian yang lain dalam hal rezeki, Orang yang diberi kelebihan tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang itu medapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik ; Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan dijadikan bagi kamu daripada isteri kamu anak-anak dan cucu-cicit, serta di kurniakan kepada kamu benda-benda yang baik lagi halal, maka patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?          ( An-Nahl 16: 71-72 )

“ Ya Allah, Tetapkanlah hati kami di atas deen Mu. Ya Allah, Tetapkan hati kami di atas ketaatan kepada Mu. Sesungguhnya kamilah ornag yang sering menzalimi diri kami sendiri, dan Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .”
Mari kita sama-sama berdoa, dan berharap kita tidak menjadikan dunia itu perkara yang paling besar dalam hati kita, letak dunia itu di tangan untuk di manipulasi, bukan untuk di cintai.  
 Wassalam..


Coretan,
Ashabul Khaf.
09-02-2019  ( 12.51 am )
“ Diam Mengingati Kamu.”